Halloween Costume ideas 2015

[TIPS] Cara Elak Air Mani Meleleh Keluar Selepas Bersama.


Ramai isteri risau tiada peluang untuk hamil apabila setiap kali bersama dengan suami, air mani suami keluar meleleh walaupun tiada pergerakan dilakukan. Begitu juga apabila bangun tidur keesokan harinya terdapat tompokan mani dikain dan semasa membuang air kecil juga air mani keluar meleleh. Benarkah peluang untuk siisteri hamil adalah tipis sekiranya air mani suami selalu tumpah?

Jika dizinkan Tuhan, peluang untuk hamil adalah tidak tipis. Jangan gusar. Teruskan usaha seperti biasa. Pengeluaran cecair dari faraj ( lelehan yang keluar dari faraj) selepas persetubuhan adalah suatu pekara yang biasa dan tidak mempengaruhi peluang untuk hamil.



Adalah amat penting juga bagi seseorang wanita yang ingin hamil mengetahui waktu subur mereka. Sperma dapat hidup selama 48 hingga 72 jam dalam salur Fallopio wanita. Jadi, amatlah penting hubungan seks dilakukan sewaktu waktu subur mengikut kitaran haid. Waktu subur dapat dikira dari jarak masa kitaran haid yang sebelumnya, carta suhu atau perubahan kelikatan mukus (lendiran) serviks.

Sperma perlu berada dalam salur Fallopian pada waktu subur ini kerana telur hanya dapat bersenyawa untuk beberapa jam. Dengan mengadakan hubungan seks semasa waktu subur, maka peluang persenyawaan berlaku adalah tinggi. Pada hari-hari berikutnya, kekerapan hubungan seks boleh dilakukan mengikut kehendak pasangan masing-masing. Menahan daripada melakukan seks sebelum waktu subur bagi tujuan menambah bilangan sperma dan meningkatkan kesuburan tanpa adanya hubungan seks selama 2 atau 3 hari, tetapi ramai lelaki yang subur boleh menghasilkan jumlah sperma yang mencukupi dengan melakukan hubungan seks dengan lebih kerap.



Tidak mengadakan hubungan seks dalam jangka masa yang lama juga boleh menyebabkan dua kemungkinan. Pertama, risiko terlepas waktu ovulasi dan kedja  sperma akan menjadi kurang aktif. Dengan kata lain, waktu yang amat sesuai untuk melakukan hubungan seks adalah sebelum proses ovulasi. Bagi wanita yang mempunyai kitaran haid selama 28 hari, masa yang sesuai adalah dari hari ke10 hingga hari ke16. Jika persetubuhan berlaku setelah proses ovulasi, peluang untuk hamil adalah rendah.

Wanita tidak perlu berbaring selepas hubungan seks dilakukan. Persenyawaan terjadi apabila sperma sampai kesalur Fallopian. Kehamilan berlaku daripada hubungan seks daripada pelbagai posisi. Pergerakan sperma tidak bergantung kepada kepada posisi-posisi tertentu yang harus dikekalkan oleh wanita. Jadi tidak perlulah untuk berbaring diatas katil atau berehat seketika setelah melakukan hubungan seks.

Apa-apa yang harus kita ingat, kehamilan adalah anugerah datang daripada Tuhan yang mencipta makhluknya. Kalau anda ditakdirkan mempunyai zuriat walaupun mengadakan seks bukan pada waktu subur, anda tetap akan hamil dan sebaliknya. Yang penting, anda harus relaks dan menikmati hubungan seks tersebut dengan penuh keghairahan dan kenikmatan. 

Post a Comment

MKRdezign

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget