Halloween Costume ideas 2015

12 Petua Untuk Dapatkan Anak Kembar Yang Mujarab.

Petua Untuk Dapatkan Anak Kembar


Petua Untuk Dapatkan Anak Kembar
 Petua Untuk Dapatkan Anak Kembar

Mesti ramai yang cari petua untuk dapat anak kembar kan? lagi-lagi untuk dapat anak kembar lelaki-lelaki atau perempuan-perempuan.. Ini antara petua yang dikongsi  bersama anda. Antara perkara tersebut ialah..

1. Berdoa kepada Allah... Antara surahnya,
Surah As-Saaffaat ayat 120, maksudnya : Salam sejahtera kepada nabi Musa & nabi Harun
Surah As-Syura ayat 50, maksudnya : Ia mengurniakan mereka kedua-duanya-anak lelaki dan perempuan, dan Ia juga menjadikan sesiapa yang dikehendaki-Nya mandul, sesunggunya Ia Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa

2. Minta doa dari orang soleh/alim :
Firman-Nya dalam surah An-Nahl ayat 43, maksudnya : Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui.

3. Nazar yang tidak bertentangan dengan hukum Syarak :
Firman-Nya dalam surah Ali-Imran ayat 35, maksudnya : (Ingatlah) ketika isteri Imran berkata, Tuhanku! Sesungguhnya aku nazarkan kepadaMu anak yang ada dalam kandunganku sebagai orang yang bebas (dari urusan dunia untuk berkhidmat kepadaMu semata-mata), maka terimalah nazarku. Sesungguhnya engkaulah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

4. Jangan menzalimi binatang :
Firman-Nya dalam surah Ali-Imran ayat 36, bermaksud : Maka apabila ia melahirkannya, berkatalah ia : Wahai tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku harapkan adalah anak lelaki), dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu - dan tidaklah sama anak lelaki dengan anak perempuan, dan bahawasanyalah aku menamakannya Maryam, dan aku melindunginya dengan peliharaan-Mu, demikian juga dengan zuriat keturunannya, dari godaan syaitan yang di rejam (yang dikutuk dan disingkirkan).

Selain dari amalan di atas, ada jugak beberapa faktor yang biasanya mempengaruhi :


1. Genetik
Jika dalam salasilah keluarga anda terdapat pasangan yang mempunyai anak kembar, kemungkinan besar anda juga mampu mendapat anak kembar. Ini kerana trait sedemikian mungkin telah diturunkan pada diri anda. Trait yang dimaksudkan ialah penghasilan 2 ovum secara serentak dalam satu masa.
2. Umur
Wanita yang berumur 35- 40-an dan ke atas, mempunyai potensi yang lebih besar untuk mendapat anak kembar. Pada ketika ini, kebanyakan wanita akan mengambil rawatan untuk kesuburan. Tambahan pula, mereka akan lebih cenderung untuk menghasilkan lebih dari satu ovum semasa proses ovulasi, kerana proses tersebut telah terganggu oleh proses perimenopause.
3. Bilangan Anak
Lagi banyak bilangan seseorang individu pernah melahirkan anak, lagi tinggi peluang beliau untuk melahirkan anak kembar selepas itu.
4. Berat Badan dan Ketinggian
Perempuan yang tinggi atau perempuan yang lebih berat mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mendapat anak kembar.
5. Diet
Pengambilan makanan tertentu yang mengandungi kandungan estrogen yang tinggi mampu meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.
6. Pengambilan Ubat Kesuburan
Pengambilan ubat kesuburan boleh meningkatkan kebarangkalian seseorang untuk menghasilkan dua ovum dalam satu proses ovulasi, sekaligus meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar. Clomid memberikan 10 peratus peluang manakala Gonal F memberikan 30 peratus peluang untuk hamil anak kembar.
7. Selain berkahwin dengan keturunan kembar, sebenarnya banyak cara untuk mendapatkan anak kembar. Tetapi kebanyakkannya adalah cara yang tidak sihat seperti mengandung di usia tua, mengandung ketika masih menyusui bayi, hamil di waktu si ibu gemuk dan sama waktu denganya.Memang boleh terjadi mendapat anak kembar tetapi kandungan tidak sihat. Kemungkinan keguguran pun tinggi, anak kembar tidak sihat atau kandungan bermasalah juga tinggi.
8. Banyakkan makan ubi, kentang dan susu.
Tiga jenis makanan ini dapat meningkatkan ovulasi pada telur dan mungkin boleh dapatkan anak kembar. Ada yang kata, jika kita teratur minum susu dari zaman muda mudi, kebarangkalian untuk mendapatkan anak kembar itu tinggi. Juga, jika anda amalkan memakan ubi, kentang dan susu bukan sahaja baik untuk mendapatkan anak kembar, tetapi juga salah satu cara untuk mendapatkan anak bagi pasangan yang sudah lama berkahwin tetapi tidak ada rezeki untuk mendapatkan anak.

Selamat mencuba :)

Post a Comment

MKRdezign

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget